Easy parcel adalah antara servis courier yang popular untuk mengautomasikan shipping bagi setiap order woocommerce anda. Baca lanjut berkaitan kelebihan menggunakan EasyParcel. Selepas selesai membuat integrasi menggunbakan platform woocommerce dengan easyparcel, ada beberapa langkah bagi mengimport order. Berikut adalah tatacara untuk mengimport order Woocommerce ke EasyParcel:
Langkah 1: Pastikan Store Anda Aktif
Klik“Your Stores” dan pastikan WooCommerce anda berada didalam mod “Activated”.

Langkah 2: Import Order
Klik “Action” > “Import” bagi mengimport order anda.
WooCommerce order anda haruslah di dalam status “Processing” di dalam kedai web anda bagi memastikan “Import Item(s)” boleh di akses. Jika Auto Import telah ditetapkan pada setting store anda, anda boleh skip langkah ini.
Order yang statusnya processing akan di import ke akaun EasyParcel anda secara automatik setiap 4 jam

Langkah 3: Semak Maklumat Parcel
Untuk memajukan pesanan anda kepada pembayaran, pilih order yang anda inginkan atau semua order menggunakan check box yang diberikan. Masukkan “collection date” dan anda juga boleh memilih untuk drop off parcel anda di Pgeon point atau di diambil (picked up) oleh pihak kurier”.

Langkah 4: Merge Order (optional)
klik “Merge Orders” untuk menggabungkan order anda jika order anda mempunyai alamat yang sama dan anda akan diarahkan ke proses pembayaran.

Langkah 5: Add to Cart
klik “Add to Cart” dan anda akan diarahkan ke proses pembayaran.
