Cara Elak Emel Masuk Spam

Computer Monitor screen, concept of spam email

Siapa tak stress kalau emel masuk peti spam? Berikut kami kongsikan cara mudah untuk elak emel masuk peti spam menggunakan plugin WordPress.

PHP mail VS SMTP

Secara default, WordPress menghantar emel menggunakan fungsi wp_mail yang berasaskan PHP Mail. Kaedah ini walaupun mudah, namun amat rapuh dan pelayan emel seringkali mengasingkan emel dari sumber ini ke dalam kotak spam.

Kaedah SMTP adalah lebih baik kerana emel dihantar menggunakan kaedah yang merangkumi ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Gunakan Plugin SMTP

Cara untuk selesaikan isu ini adalah dengan membuat tetapan SMTP di laman WordPress anda seperti berikut:

  1. Pasang plugin SMTP. Terdapat pelbagai jenis plugin SMTP di pasaran. Ini adalah contoh.
  1. Aktifkan plugin.
  2. Buat tetapan SMTP.

Membuat ketetapan mungkin agak rumit bagi sesetengah orang. Boleh hubungi Rekasawang untuk dapatkan servis pemasangan.

Kebiasaanya anda perlu masukkan maklumat seperti berikut:

  • From Mail – Emel yang anda ingin gunakan mewakili website anda. Anda mestilah boleh mengakses inbox emel ini.
  • From Name – Nama penghantar emel. Mungkin nama anda atau nama website anda.
  • SMTP Host – ini bergantung kepada host emel anda. Anda perlu dapatkan dari hosting atau semak sendiri dari cpanel.
  • Encryption (None/SSL/TLS) – ini juga bergantung kepada host
  • Authentication – Tetapkan kepada ‘enable’ jika host anda minta.
  • SMTP Username – username yang anda gunakan untuk log masuk ke inbox anda
  • SMTP Password – password yang anda gunakan untuk log masuk ke inbox anda
  1. Tekan Save/Update
  2. Cuba hantar emel menggunakan website anda. Biasanya plugin tersedia dengan fungsi Send Test Mail.
Total
0
Shares
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Next Post

Tetapan Untuk Produk Digital


Related Posts